Sunday, December 30, 2007

Saman trafik.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia dah sampai tarikh akhir baru nak menggelabah. Itu ok lagi, tapi masih ramai yang jenis kepala batu buat selamba tunggu kad jemputan saman datang ke rumah.

Wednesday, December 26, 2007

Penyangak kolar putih.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Kaki penipu dan penyangak sekarang terdiri dari pelbagai golongan. Individu yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi juga boleh tahan hebatnya. Mungkin dengan ketrampilan yang lebih kemas dan menyakinkan memudahkan mereka ini menjadi penyagak yang lebih licik. Orang-orang yang mempunyai latar belakang agama juga ada yang telibat dengan penipuan dan sebagainya. Sekiranya falsafah pendidikan negara difahami dan difokuskan, tentunya matlamat untuk mengimbangi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek ( JERI ) akan lebih berkesan. Lebih baik seorang tukang kebun atau tukang sapu yang mempunyai sahsiah yang cemerlang dari ahli korporat atau akademik yang rosak moral dan sahsiahnya.

Tuesday, December 25, 2007

Gerun jalanraya.


Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Pemandu dan penunggang di Malaysia ni kekadang menakutkan. Kalau kita menjadi pemandu atau penunggang yang berhemah, memang cukup ramai pulak yang sebaliknya. Ada yang bertindak cukup ganas hatta tergesel bumber sekalipun atau dengan membunyikan hon. Dalam kereta, seaneka 'tools' ada....kapak,parang,rotan,belantan dan yang sewaktu dengannya. Paling malang, yang tak mahu meaafkan maupun mengalah. Nyawa kita dihujung tanduk bukan saja kerana kemalangan jalanraya, tetapi kerana ke'brutal'an manusia yang berhati kering.

Monday, December 24, 2007

Negaraku dipermainkan.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Satu isu yang menyedihkan kerana sikap golongan muda yang tak tau bersyukur dengan apa yang negara kita kecapi. Bukan semua negara yang mampu mencapai keharmonian dan kestabilan seperti Malaysia. Bukan mudah juga untuk memuaskan hati setiap kaum di Malaysia. Banyak lagi saluran yang boleh dibuat selain memalukan negara di youtube. Jangan nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendung berciciran.

Friday, December 21, 2007

Kartun bola...sepak bola kartun.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Bolasepak kita hanya gah dipersada liga Malaysia, bila dipersada asia tenggara dan asia...hhhmm..yang terbaru, di temasya sukan SEA di Korat, Thailand.
Kalau di zaman Allahyarham Mohktar Dahari bolasepak kita boleh dibanggakan, mengapakah dengan prasarana sukan dan insentif yang semakin mewah di zaman ini kita tak mampu mencapai nilai tambah yang lebih cemerlang ?! Amat mendukacitakan negara bilamana sukan yang dahulunya menaikkan nama negara, kini hanya menjadi bahan persenda dan gurauan rakyat yang sudah bosan dengan pelbagai alasan demi alasan.

Thursday, December 20, 2007

Kartun along brutal.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Isu yang akan segar sampai bila-bila. Selagi ada permintaan, selagi itu jugalah along akan hidup seperti cendawan tumbuh. Birokrasi pinjaman perbankan salah satu puncanya selain dari sikap sesetengah peminjam yang kaki judi dan kaki perempuan. Sudah semestinya setiap apa yang dipinjam, mestilah dipulangkan....tapi dalam kes along, jangan lupa bunga dan dedaun yang berguguran pun dia orang nak.

Wednesday, December 19, 2007

Remaja melaram motorsikal bapak.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Isu bebudak sekolah yang melaram sakan motorsikal bapak. Tak kurang juga yang merempit...yang lebih pelik, apabila mak bapak buat tak tau. Apabila dah berlaku sesuatu yang buruk, baru nak menyesal. Pengawasan ibu-bapa sangat penting bila kebenaran untuk menggunakan kenderaan diberi.

Monday, December 17, 2007

Kartun angkasawan pertama Malaysia.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Mungkin tiada apa makna untuk sesetengah orang dewasa dengan kejayaan Malaysia menghantar angkasawan ke angkasa. Namun kejayaan ini mungkin akan memutik atau mencetuskan sesuatu didalam jiwa kanak-kanak untuk menggapai cita-cita mereka.

Saturday, December 15, 2007

Kartun biji kas-kas.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Mungkinkah anda dah tangkap leleh dengan kari di restoran mamak ? Mungkinkah ianya sama kroniknya dengan mat-mat yang dah ketagihan 'jegenu' ( ubat batuk ) atau gam basikal ?
Yang pasti, makanan di restoran mamak ni memang ada 'penangan'nya tersendiri. Nak pulak bila kena roti banjir bersubahat pulak dengan teh tarikkkkkk......

Maut Mengintai....teh tarik satu !!

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Satu fenomena dimana rakyat Malaysia lebih suka bersantai makan dan minum di kaki lima restoran mamak. Memang rileks dan selesa melepark berbual dengan rakan-rakan sambil cuci mata sesekali. Kejadian rempuhan kereta diluar restoran mamak dah semakin dilupakan. Semoga kita tidak mati ketika menghirup teh tarik atau tengah pelahap roti canai kurang manis.

Kartun Jurunikah Palsu

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Isu yang pernah timbul satu ketika dulu bilamana ramai pasangan dari Malaysia yang memilih bernikah di negara jiran. Mungkin kerana mendapat tentangan dari pihak ketiga dan sebagainya. Namun isu yang lebih besar apabila mereka ini dinikahkan oleh jurunikah palsu.