Wednesday, January 16, 2008
Bilakah akan berakhir ?!
Isu PATI yang tiada berkesudahan. Ralat,kecewa,marah dan macam-macam lagi yang diluahkan kebanyakkan rakyat Malaysia. Sumber rezeki rakyat dicuri oleh mereka bilamana sektor yang tak sepatutnya mereka terlibat, mereka bermaharajalela. Semoga pihak berkuasa akan memandang pemasalahan PATI ini untuk kepentingan rakyat dan keselamatan negara dalam tempoh jangka panjang.
Tuesday, January 15, 2008
Kes culik lagi !
Dalam riuh rakyat tentang yuran,minyak masak dan harga barang...digemparkan lagi dengan kes culik budak. Mungkin ibu bapa masih tidak mengambil ikhtibar dari kes aruahnya Nurin. Keselamatan anak-anak tidak boleh diambil ringan. Ibu bapalah yang lebih berperanan untuk keselamatan anak mereka. Zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dulu yang kaya dengan hidup bermasyarakat dan sikap ambil dengan semangat kejiranan. Semoga adik Sharlinie akan selamat dan kembali kepangkuan keluarga dengan gembira, amin.
Sunday, January 13, 2008
Yuran oh yuran !
Setiap tahun isu ini pasti timbul. Ada pihak sekolah yang ikut sedap perut mengenakan yuran tambahan yang melampau. Yuran tandas,yuran 'pampers' pun ada....apa kejadahnya ni ?! Yuran tambahan inilah yang sebenarnya menjadi masalah. Sehinggakan ada ibu bapa yang tak tau nak bezakan yuran apa yang sebenarnya harus mereka bayar. Ibu bapa sepatutnya berani membangkitkan isu yuran tambahan ini di Mesyuarat Agung PIBG sekolah. Tapi yang malangnya, waktu itu mereka tak hadir atau duduk diam je. Jangan dibiarkan sekolah ikut suka hati mengenakan bayaran-bayaran yang karut.
Wednesday, January 2, 2008
Bikin gempak.
Satu waktu dulu, Amerika punya mengutuk Akta keselamatan dalam negeri ( ISA ), tiba-tiba diorang sendiri pun buat akta yg lebih kurang untuk menahan orang-orang yang disyaki pengganas. Baru-baru ni negara Amerika sekali lagi nak melawak bila menegur Malaysia supaya melayan lima orang ketua hindraf dengan adil. Sedangkan tahanan di penjara diorang kat Teluk Guantanamo ntah macamana nasibnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)