Wednesday, July 30, 2008

Bukan Semua, Tapi Ramai.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Kerajaan menggalakan dan memberikan sokongan yang padu untuk melayu berniaga dari semasa ke semasa. Pelbagai dasar dan program yang dilakukan bagi menjayakan usaha ini. Malangnya ada dikalangan 'bisnesman' melayu yang tidak jujur dan mahu cepat kaya. Mereka ini tidak memikirkan implikasi perbuatan mereka dari pelbagai aspek. Mungkin juga ini adalah hasil dari tekanan pelbagai pihak dalam tempoh sesuatu projek disiapkan. Maka tak mustahil, peruntukan yang asal RM 300 ribu akan cair menjadi RM100 ribu. Ada yang lebih malang apabila hanya meng'Ali Baba'kan sesuatu projek.

Tuesday, July 29, 2008

Malaysia Syurga

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Negara Malaysia sememangnya syurga kepada pendatang asing. Mereka tahu bagaimana nak memanipulasikan keamanan dan kemakmuran negara ini. Ada juga yang mampu hidup senang, walhal pada awalnya datang sehelai sepinggang. Tapi kalau bab mencuri air, penduduk tempatan juga ada terlibat. Tauke-tauke besar yang banyak duit pun, tak mustahil ada buat kerja ni. Siapa tak nak benda free.

Saturday, July 26, 2008

Pak Jaga.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Pengawal keselamatan tugasnya sudah semestinya untuk mengawal keselamatan di tempat mereka bertugas. Malangnya, ramai yang jadi kaki tidur terutamanya pada waktu malam. Lebih malang lagi, ramai dikalangan mereka ini yang dalam kategori warga emas. Ini memudahkan si penyangak memurnikan tugasan mereka dengan jayanya. Ada juga kes dimana mereka ini menjadi talibarut dalam satu-satu rompakan. Namun, masih ramai juga yang gagah berani dan ada yang terkorban semasa bertugas.

Friday, July 25, 2008

Ceritera Petrol.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Kenaikan harga petrol baru-baru ini sungguh memberi impak kepada rakyat. Tanpa ada pemantauan yang kuat dari kerajaan terhadap rantaian kenaikan ini akan membebankan lagi. Isu ini perlu ditangani dengan serius. Pemborong,peniaga dan pengguna juga ada peranan masing-masing. Janganlah keadaan sekarang ini menjadi 'durian runtuh' untuk mengambil untung yang tak sepatutnya. Bersama kita berdoa, akan keadaan akan menjadi pulih semula dan tidak termakan dengan mana-mana janji retorik pihak yang berkepentingan.

Wednesday, July 2, 2008

Petrol hanya turun dari lori.

Kartun Hakmilik Pemudaumno Malaysia

Kartun ni masa petrol naik 5 sen. La ni lagi menggila naiknya. Tak terkata apa, pasal ini semua permainan global dan uncle sam. Kalau dah negara pengeluar minyak yang kebanyakkannya islam masih dok OIC...apa sangat la kita ni. Apa yang diharapkan, kerajaan akan pantau dan bertegas dengan rantaian dari kenaikkan minyak ini. Kalau sebelum minyak naik pun, diorang dah main harga, inikan pulak la musim 'durian runtuh' ni. Buat pemborong dan peniaga, insaflah....anda pun adalah pengguna.